Home Berita PAS Selangor

Kurulus Osman – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

718
SHARE

Oleh : Ustaz Hanif J

Sebuah Cerita Perjalanan pembinaan Empayar Turki Uthmaniah yang sangat menarik.

Membina sebuah KESATUAN bukanlah semudah yang disangka, memerlukan hati SINGA yang kental serta semangat api NAGA yang membakar untuk berhadapi kejahatan ULAR yang berbisa serta pengkhianatan DUBUK yang berkeliaran mengambil peluang untuk terus hidup.

° KEFAHAMAN mendahului SEMANGAT

Osman lahir sebagai seorang yang sangat bersemangat, darah bapanya Ertugrul yang mengalir di dalam dara beliau menjadikan dia seorang yang tidak takut akan kematian.

Namun semangat yang berkobar-kobar tanpa kefahaman menjadikan Osman telah melakukan beberapa kesilapan dalam tindakannya. Amarahnya dijadikan peluang oleh pihak musuh untuk memerangkap Osman ke dalam jerangkap samar mereka.

Disini peranan seorang Ulama Syekh Edibali yang memberikan tarbiah serta kefahaman kepada Osman agar beliau menjadi seorang pahlawan yang hebat serta memahami selok belok politik pada ketika itu.

Semangat akan hilang namun dengan kefahaman semangat akan berterusan.

° SETIA KAWAN

Osman dibantu oleh para ALP beliau yang sangat setia. Beliau juga dibantu oleh ketua-ketua suku yang kuat serta berpengaruh.

Janji setia yang dilafazkan menjadi ikatan darah diantara mereka biarpun nyawa yang menjadi taruhan mereka sesekali tidak akan mengkhianatinya.

“Biar pecah diperut, jangan pecah dimulut”

Watak seperti Boran, Bamsi Bey, Samsu Bey dan beberapa yang lain memberikan erti pentingnya persahabatan yang ikhlas dalam sesebuah kesatuan dan kekuatan serta jalan menuju kemenangan.

° PENGKHIANATAN

episod cerita menjadi menarik dan geram apabila kita melihat kenaifan bapa saudara Osman iaitu Dunder Bey yang termakan dengan hasutan pengkhianat yang berada di sekelilingnya.

Pengkhianat seharusnya dihukum dan ada yang mesti dihapuskan, kerana ia akan merosakkan satu kesatuan yang jitu.

Batar anak kepada Dunder Bey dihukum oleh Osman Bey dengan tikaman tepan di rusuk kiri beliau diatas pengkhianatannya, Elisar telah di pancung oleh Osman diatas kejahatan serta silap bermuka-muka yang beliau lakukan pasukan Islam.

Kerana inginkan kuasa serta melepas diri dari hukuman, mereka sanggup mengkhianati. Inilah hukuman yang selayaknya kepada para pengkhianat.

° DASAR PENYATUAN

Penyatuan semua suku Islam Turki menjadi agenda besar Osman. Ia adalah DASAR UTAMA kepada kemenangan mereka. Dengan penyatuan SUKU Tukri ini akan memberikan kekuatan kepada tentera Turki dan pasti akan menjadi igauan buat Tentera Konstantinople dan Tentera Mongolia.

Osman juga telah bergabung dengan suku daripada non muslim yang mempunyai agenda yang sama untuk menjatuhkan mafsadah kerosakan yang lebih besar iaitu Konstantinople.

Dengan kesatuan ini akhirnya Osman berjaya menakluk beberapa kawasan perbatasan dan wilayah yang dikuasai oleh pengkhianat mahupun musuhnya.

Benarlah, sejarah akan berulang,
Beruntunglah siapa yang mengambil pengajaran daripadanya.

Hanif J
Tak habis tengok lagi, satu episod 2 jam guys fuhh.

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor