Home Artikel PAS Perlis

Kursus Guru SRITI Siri 3 Tingkat Profesionalisme Guru SRITI Perlis

1202
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Seramai 21 orang guru SRI Al Furqan (SRITI Perlis) telah mengikuti Kursus Guru SRITI Siri ke-3 yang telah berakhir semalam.

Permukiman selama tiga hari itu diadakan di Sekolah Rendah Islam Al Furqan, Jejawi Dalam, dekat sini.

Objektif utama kursus adalah bagi meningkatkan profesionalisme guru SRITI seiring dengan pemantapan nilai Kaffah dalam membentuk pelajar soleh dan pintar.

Dua orang penceramah telah hadir mengisi slot sepanjang dua hari iaitu Setiausaha SRITI Malaysia, Zuremi Ramli dan Pengarah Bahagian Kokurikulum SRITI Malaysia, Muhammad Syahril Mohamed.

Menerusi kursus tersebut, para peserta telah diberikan pendedahan berhubung aspek pengurusan aktiviti sumber pengajaran selain diterapkan dengan kemahiran softskill yang membantu mereka melaksanakan aktiviti PdPC dengan berkesan.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Dr. Saifizi Saidon.