Home Berita PAS Wilayah

Kunjungan Pimpinan PAS Batu Meringankan Beban Ahli

564
SHARE

BATU, 21 Mei – Baru – baru ini, pimpinan PAS Kawasan Batu telah meluangkan masa untuk menziarahi seorang ahli kawasan itu yang diuji dengan masalah kesihatan.

Kunjungan tersebut diwakili oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Batu iaitu Encik Shamsuddin, Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Haji Abu Bakar, Setiausaha PAS Kawasan Batu, Encik Hishamudin dan Bendahari PAS Cawangan Taman Koperasi Polis Fasa 2.

Encik Arifin Majid yang merupakan ahli PAS kawasan ini telah disahkan mengalami sakit usus dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya telah dibenarkan pulang untuk menjalani rawatan susulan melalui perubatan tradisional.

Encik Arifin yang ditemui di kediamannya di Taman Koperasi Polis Fasa 2 dilihat semakin pulih dan ceria. Beliau turut menerima sedikit sumbangan dari PAS Kawasan Batu semasa kunjungan tersebut. Semua ahli PAS Batu mendoakan kesihatan buat Encik Arifin dan berharap agar beliau dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik di masa akan datang.