Home Berita PAS Selangor

Kuarantin diperhati, Asnaf tidak dilupai – PAS Kawasan Sungai Buloh

61
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BULOH, 13 Ogos – Di era pandemik COVID-19 ini, kita semua bersatu dan berberanan dalam membantu penduduk yang terkesan. Atas dasar dan semangat itu, PAS Kawasan Sunga Buloh serta PAS cawangan-cawangan meneruskan lagi gerak kerja kebajikan mereka membantu penduduk yang memerlukan bantuan.

Ketua PAS Cawangan U3 Subang Ehsan Tn Hj Jalil telah turun menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sekitar U3 Subang Ehsan yang sedang menjalani kurantin di rumah dan juga kepada para asnaf.

Dengan berbekalkan hasil sumbangan yang diterima daripada Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Sungai Buloh disebelah tengharinya dan terus dihantar kepada para penerima disebelah petangnya. “Mereka memerlukan sokongan masyarakat, teguh kita bersatu membantu sesama kita jiran tetangga”, terang PAS Kawasan Sungai Buloh.

Semoga segala bantuan yang telah diberikan dapat memberi manfaat buat para penerima dan juga semoga ia dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka dalam meneruskan kehidupan mengharungi wabak pandemik COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor