Home Berita PAS Selangor

Krisis Air : Inilah Masanya Bekerja Untuk Rakyat – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar

763
SHARE

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar

Saban hari kami melihat keperitan rakyat Selangor yang terpaksa menadah bekalan air bersih dari lori tangki yang disediakan oleh pihak yang berkaitan. Dalam menghadapi COVID-19 yang sedang menunjukkan peningkatan kes positif di Negeri Selangor, mereka terpaksa bersusah-payah beratur panjang mengangkat baldi untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar menzahirkan rasa simpati atas kesusahan dan keperitan yang sedang dialami oleh rakyat Selangor yang sangat terkesan akibat gangguan bekalan air yang berlaku.
Ditambah lagi ketika menghadapi fasa PKPB di seluruh Negeri Selangor.

DPPK Sungai Besar menyeru kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan jenayah alam sekitar ini.

Penguatkuasaan undang-undang haruslah diperketatkan melalui pemantauan secara berkala terhadap aktiviti perlepasan sisa minyak atau sisa industri yang dilakukan oleh pengamal industri perkilangan iaitu industri yang berada berdekatan dengan sungai.

Kerjasama yang baik di antara Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Kerajaan Negeri Selangor perlu dipertingkatkan agar permasalahan pencemaran air yang berlaku dapat diselesaikan . Tindakan proaktif dan efisyen perlu dirangka demi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Tahniah dan terima kasih kepada Pemuda PAS dan pihak-pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada rakyat Selangor.

Semoga krisis air ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Rakyat Selangor menaruh harapan yang besar kepada Kerajaan Negeri dan semua pihak agar krisis ini dipandang serius.

Mohd Ahsani Takwim Bin Jasman
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PemudaSungaiBesar
#SelangorKering
#TakDeAirLagi
#RakyatMerana