Home Berita PAS Selangor

Kredit Coretan | Tuan Nadzir Bin Helmi Azhar [Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat]

1087
SHARE

Ada yang menyamakan,

Kalau inilah gaya Menteri, macamana nak buat hudud? Ntah ikut ke tak?

Tuan2,

Jawapan saya, apa yang berlaku ini adalah berita baik untuk rakyat jika Hudud atau Hukum Allah dilaksanakan, sebab Menteri akui kesalahan dan menyerahkan hukuman dan jumlahnya pada pihak berautoriti, iaitu KKM.

Dan apa yang lihat, itulah ketetapannya, malah ditolak pula semua gajinya untuk merasai tanggungjawab sebagai pesalah, walaupun hukumannya telah terlaksana.

Kenapa saya nak ulas juga jawapan ini, sebab nak cuba hentikan untuk kita berulas lebih sehingga cuba mengaitkan apa sahaja sehingga kita tak perasan yang kita drag benda yang tak betul dalam hujahan kita, dan itulah namanya nafsu.

Hudud atau Hukum berkaitan melibatkan Zina, Arak, Mencuri dan lain-lain yang berkaitan.

Ke kita yakin yang Menteri pasti dan bakal berzina, minum arak, mencuri atau lain-lain yang melayakkan beliau dijatuhkan hukuman HUDUD?

Baru kita nak tahu, mereka ini boleh melaksanakan hudud atau pun tidak.

Jangan sebab hujahan melampau kita, seolah kita tak sedar yang kita taknak hudud dilaksanakan atas sebab pelanggaran SOP COVID.

Dan keluar border dah tu.

Kan?

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

7 Muharram 1442H | 26 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor