Home Artikel PAS Selangor

Kredit Coretan | Shehdi Hazrik Shamsudin – Pemuda Hebat Semenjak Dari Zaman Rasullullah SAW.

424
SHARE

Sejarah membuktikan bahawa golongan pemuda merupakan golongan yang paling berperanan di dalam perkembangan dakwah Islam dan Rasulullah s.a.w sendiri menerima wahyu ketika berusia 40 tahun iaitu ketika umur lewat kepemudaan Baginda.

Saidina Abu bakar menerima Islam ketika berusia 37 tahun dan sentiasa disamping Rasulullah SAW membenarkan segala kata-kata Baginda, manakala Saidina Umar seorang pemuda hebat pada usia 27 tahun memeluk Islam menjadi pemuda paling berani berdepan kaum musyirikin dan ditakuti oleh semua pemuda Quraish kerana gelaran sebagai pengusti yang tidak pernah kalah ketika itu.

Mus’ab bin Umair Pemuda yang tampan dan sentiasa menjaga karisma sebagai seorang lelaki yang digilai wanita Arab Mekah juga memeluk Islam tatkala umurnya 18 tahun lantas meninggalkan segala kemewahan harta walaupun mendapat tentangan ibunya sendiri, yang sangat disayanginya.

Usamah bin Zaid, panglima perang termuda kesayangan Rasulullah SAaw, dimana ketika itu usianya 20 tahun, tetapi sudah mendapat kepercayaan yang sangat tinggi daripada Baginda untuk mengetuai sebuah pasukan tentera Islam.

Demikian juga kehebatan sahabat-sahabat baginda yang lain seperti Khalifah Saidina Ali, Zaid bin Tsabit, Tha’labah bin Abdul Rahman, Mus’ab bin Umair si pembawa bendera Rasulullah, Muaz bin Jabal utusan Nabi ke Yaman dan ramai lagi Pemuda-pemuda sahabat Baginda yang sedia syahid demi menjaga agama Allah dan Rasul-Nya.

Seterusnya legasi kehebatan Pemuda itu disambung oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, yang digelar sebagai sebaik-baik raja dan mempunyai sebaik-baik tentera. Seawal umur 21 tahun menjadi Sang Penakluk Kota Konstantinopel sehingga berjaya membuktikan hadith Baginda Nabi, maka bergegak gempitalah seluruh umat Islam ketika itu, hadith Baginda ternyata benar.

Kini pemuda-pemuda Islam seluruh dunia khususnya Pemuda PAS Malaysia perlu membuktikan bahawa barisan Pemuda inilah pewaris pemegang panji-panji Islam penyambung warisan perjuangan Baginda Rasulullah SAW semenjak dahulu lagi. Ayuh shabat Pemuda sekelian sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tahun ini marilah kita belajar dan muhasabah dari sejarah agar nanti kita bakal mampu bangkit demi Islam mencipta sejarah yang megah di bumi bertuah ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

26 Zulhijjah 1441H | 16 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#PemudaBangkitDemiIslam
#MuktamarDPPNS54
#BeramalKeranaAllah