Home Berita PAS Selangor

Kredit Coretan Negeri Selangor | Tuan Shehdi Hezrik – Batu Api Oh Si Batu Api

1333
SHARE

Wahai si pengadu domba, si pemecah belah dan Si batu api!

Siapa mereka ini?

Kita semua boleh kenal mereka ini apabila berlaku perselisihan antara dua pihak, mereka ini satu puak yang akan mengambil jalan dengan menambah lagi kerosakan yang ada dengan menjadi Batu Api atau si pengadu domba yang menambah buruk lagi keadaan. Suka melihat perpecahan dalam sebuah kesatuan, suka melagakan orang dan melihat kedua-dua pihak terus bermasam muka atau bertelagah.

Sahabat yang juga pimpinan saya ada sebut, sekiranya kita tidak mampu menjadi pemulih keadaan, adalah lebih baik berdiam diri dan berdoa supaya keadaan jadi lebih baik. Bukan dengan mengipas atau memanaskan lagi hati mana-mana pihak yang terbabit. Allah dan Rasul mencela kelakuan si pengadu domba sebagaimana Allah berfirman yang artinya,

“Dan janganlah kamu mengikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kesana kemari mengadu domba, yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas, lagi banyak dosa.” (QS. Al-Qalam: 10-12)

Manakala hadith dari Hudzaifah bin Al-Ya man RH berkata, Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
“Tidak akan masuk surga orang yang suka mengadu domba.” (HR. Muslim no. 105)

Pada Ulamak dan Pimpinan kita telah acap kali menasihati dan memberi pesanan kepada kita agar menimbang perihal perbuatan dosa dan pahala, bila sahaja sampai kepada kita sesuatu berita maka kita hendaklah selidik dahulu bukan mendengar sebelah pihak, adapun yang memahami berita tersebut namun dengan niat yang jahat demi mencapai satu matlamat maka dihalalkan pula fitnah dan perbuatan mengadu domba menjadi Batu Api menyebarkan berita Fitnah tanpa sedar dirinya sudah menjatuhkan maruah dan penghormatan diri sendiri.

Pesana buat diri saya sendiri dan sahabat yang masih bersama dalam perjuangan ini, sebaiknya marilah kita berusahalah menjadi pendamai kepada perselisihan tersebut, bimbang diri hilang kelayakan untuk menjejaki syurga Allah kelak.

Wallahuaklam

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

8 Muharram 1442H | 27 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PemudaBangkitDemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan
#JanganJadiBatuApi