Home Berita PAS Selangor

KRCAMALSELANGOR teruskan gerak kerja membantu masyarakat – PAS Kawasan Kota Raja

95
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 24 Ogos – KRCAMALSELANGOR meneruskan gerak kerja kebajikan mereka dengan penghantaran makanan sarapan pagi dan makan tengahari ke Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) Hospital Shah Alam buat hari ke-24 berjalan mengikut jadual seperti biasa.

Menurut mereka, program santuni petugas di PPV Hospital Shah Alam ini akan berterusan sehingga 30 September 2021. “Terima kasih para dermawan yang tidak putus-putus menyumbang untuk projek ini, ada yang serendah RM5.00 sahaja”.

Program penghantaran makan tengahari ke Pusat Saringan Covid 19 (CAC) Pelabuhan Klang juga berjalan mengikut jadual. Tugasan penghantaran tersebut dilaksanakan oleh RelawanAmal, Sdr Hambali Azraee.

May be an image of outdoorsSeterusnya penghantaran sumbangan kebajikan KRCAMALSELANGOR ke sebuah rumah guru PASTI Kota Raja yang kini sedang berkuarantin di rumah. Menurut laporan, seramai 8 ahli keluarga guru ini sedang berkuarantin. “Semoga dikurniakan kesembuhan”.

Sementara itu, Kenderaan Waqaf KRCAMALSELANGOR ditugaskan untuk menghantar Cik Natasha ke Pusat Dialisis An Nur Seksyen 3 Shah Alam. Beliau kini dirawat 3 kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu, jam 4 petang hingga 9.00 malam.

Akhirsekali, RelawanAmal Sdr Rosly juga aktif membantu mereka yang memerlukan dengan membawa pesakit ke hospital berhampiran menggunakan kenderaan kebajikan seliaan beliau. “Semoga Allah memberkati RelawanAmal ini yang kebetulan baharu sahaja sembuh daripada jangkitan Covid-19 Tahap 4”.

“Doakan program kebajikann KRCAMALSELANGOR akan sentiasa dapat dilaksanakan sebaiknya dan memberi manfaat kepada kumpulan sasar yang memerlukan”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor