Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
KOTA RAJA, 4 September – PAS Kawasan Kota Raja menerusi KRCAMALSELANGOR manyatakan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan masa dan tenaga menunaikan tugasan di lapangan kerja-kerja dakwah dan kebajikan.
Seawal pagi ini, KRCAMALSELANGOR bersama NGO KASEH telah turun menyampaikan sumbangan sarapan pagi buat petugas-petugas di CAC Pelabuhan Klang.
Disebelah tengahari, KRCAMALSELANGOR bersama NGO KASEH meneruskan siri sumbangan makan tengahari ke CAC Bandar Botanik dan CAC Pelabuhan Klang.
Seterusnya, mereka menyampaikan sumbangan makan tengahari untuk anak-anak Puan Mariana yang masih berada di wad. Juga untuk anak-anak Angah Charms yang menjaga ketiga-tiga anak Pn Mariana tersebut.
Kemudian, KRCAMALSELANGOR turut menziarahi Sdr Fadil Zulkifli yang kematian ibunya. Ibu Anggota Briged Amal ini meninggal jam 1 pagi tadi di Hopital Tengku Ampuan Rahimah dan selesai dikebumikan sebelum zohor.
Dalam bulan Ogos sehingga bulan September sahaja, seramai 3 anggota sukarela telah kehilangan ayah (2orang) dan seorang Ibu.
“Salam takziah, semoga roh mereka dirahmati Allah SWT”.
Program harian edaran 100 pek makanan “Ready2Eat” Dapur Amal petang ini yang berprogram di Gerai Asnaf Cawangan 1 berhadapan Lorong Mastam, Jalan Kebun berjalan seperti biasa.
Sementara itu, program Kebajikan KRCAMALSELANGOR menyambung program edaran ikan dan ayam. Termasuk juga agihan susu dan barangan asas untuk keluarga Asnaf Muallaf yang memerlukan di Sentosa.
Program terakhir, seawal senja, Kenderaan Waqaf mengambil Cik Natasha dari HTAR. 4 hari terlantar di HTAR dan terpaksa memasukkan paip baru di lehernya untuk tujuan dialisis. 3 kali dijahit katanya. “Doakan proses dialisis beliau kembali teratur selepas ini”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor