Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
KOTA RAJA, 23 Ogos – PAS Kawasan Kota Raja menerusi sebuah entiti yang bernaung dibawah Khidmat Malaysia Negeri Selangor, KRCAMALSELANGOR meneruskan lagi gerak kerja kebajikan mereka dengan istiqamah membantu masyarakat yang memerlukan bantuan, juga para frontliners di hospital.
Penghantaran sarapan pagi dan makan tengahari di Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) Hospital Shah Alam diteruskan seperti biasa. Sukarelawan KRCAMALSELANGOR sempat beramah mesra dan bertanya khabar dengan para pengunjung Hospital Shah Alam yang datang untuk mendapatkan khidmat rawatan di sini.
“Kehadiran pesakit sangat luarbiasa berbanding sebelum ini kerana pihak Hospital Shah Alam sudah menyusun semula jadual kehadiran pesakit yang membuat rawatan susulan, lantaran pihak Hospital Shah Alam yang kini agak tenang berkaitan pesakit COVID-19”, katanya.
RelawanAmal dan van Amal bertugas seperti biasa membawa ahli keluarga dari Jalan Kebun ke Pusat Saringan Covid 19 di Bandar Botanik, Klang.
Sementara itu Runner KRCAMALDELIVERY, Sdr Eizam telah menyampaikan sumbangan berbentuk pek makanan asas dan susu dari projek Rak Amal Kongsi Rezeki kepada sebuah keluarga Bangsa Kemboja di Lorong Kassim Jalan Kebun. Bapa kepada keluarga ini tidak dapat bekerja kerana patah bahu akibat kemalangan jalanraya.