Home Berita PAS Selangor

KRCAMALSELANGOR terus berkhidmat – PAS Kawasan Kota Raja

59
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 17 Ogos – PAS Kawasan Kota Raja menerusi KRCAMALSELANGOR meneruskan lagi usaha dan gerak kerja kebajikan mereka dalam misi membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan tidak kira latar belakang mahupun jenis bantuan yang diperlukan, segalanya akan mereka usahakan.

Hari mereka dimulakan dengan penghantaran sumbangan makanan tengahari ke Pusat Saringan COVID-19 (CAC) Pelabuhan Klang, yang juga merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki disana. Menurut laporan, sebanyak 100 pek juadah makanan tengahari telah dihantar, dengan bantuan RelawanAmal, Sdr Hambali Azraee dan diterima oleh wakil Pengurus CAC Pelabuhan Klang.

KRCAMALSELANGOR juga meneruskan penghantaran di hari ke-17 mereka menghantar sumbangan sarapan pagi dan makanan tengahari ke Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) Hospital Shah Alam. Menurut mereka, program penghantaran makanan yang bermula pada 1 Ogos 2021 ini akan berlanjutan sehingga 30 September 2021.

May be an image of standing, car and outdoorsSeterusnya, RelawanAmal juga telah bertugas membawa seorang wanita yang kebetulan patah kaki untuk saringan di CAC Pelabuhan Klang. Pihak KRCAMALSELANGOR turut menyerahkan stok PPE dan sedikit saguhati kepada RelawanAmal KRCAMALSELANGOR.

May be an image of 2 people and indoorKRCAMALSELANGOR juga telah menerima sumbangan 100 bungkus burger dari Muslimat PAS Kg Lombong, Parlimen Kota Raja untuk diserahkan kepada para frontliners dan telah dipersetuju untuk diserah kepada para petugas di CAC Stadium Melawati, Shah Alam.

May be an image of 3 peoplePerjalanan kebajikan mereka diteruskan dengan menghantar pesakit tetap asnaf KRCAMALSELANGOR untuk proses dialisis tiga kali seminggu di Pusat Dialisis An Nur di Seksyen 13, Shah Alam. Hari mereka diakhiri dengan kunjungan ke rumah 2 buah keluarga yang memerlukan bantuan. Dikhabarkan, sebuah keluarga 4 beranak ibu tunggal kematian suami beberapa bulan lepas yang kesemuanya Positif COVID-19 dan juga sebuah keluarga ibu tunggal dengan 5 anak yang putus sumber kewangan dan makanan.

May be an image of 1 person, headscarf and outdoors

Kesemua aktiviti dan gerak kerja kebajikan dapat dijalankan dengan bantuan hasil sumbangan yang diterima tanpa henti atas keperihatinan masyarakat. Jom terus berinfaq dan bersama KRCAMALSELANGOR menyantuni Frontliners dan Relawan Amal yang turut berjuang tanpa lelah dilapangan. Sama-sama kita doakan keselamatan para frontliners dan dipelbagai kelapangan.

Teruskan menyumbang Di link ONPAY KRC:
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor