Home Artikel PAS Perlis

KP Perlis Rasmi Majlis Pelepasan Kontinjen SUKPA

91 views
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

KANGAR : Majlis Pelepasan Kontinjen Perlis ke SUKPA Malaysia telah diadakan di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) PADA 25 April yang lalu.

Kontinjen PASTI Negeri Perlis dibarisi oleh seramai 40 orang terdiri daripada pegawai, guru pengiring serta pemain bola sepak dan bola jaring.

Sesi pelepasan disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan.

Dalam ucapannya beliau menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada ibubapa kerana telah meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada PASTI untuk mencorak perkembangan awal anak-anak mereka.

Selain itu, beliau turut mengucapkan selamat berjuang serta mendoakan kejayaan para peserta yang akan membawa cabaran PASTI Negeri Perlis di Melaka pada 27 April ini.