Home Berita PAS Sabah

Korban Perdana PAS Lahad Datu peroleh kepercayaan masyarakat

159
SHARE

Oleh : Martina Tahil
13 Julai 2022

LAHAD DATU : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu memperoleh kepercayaan masyarakat sekitarnya dengan mengorbankan sebanyak enam ekor lembu dan seekor kambing pada tahun ini, di sini pada Isnin.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu, Nizam Latuah menyatakan, program korban ini dikendalikan berlandaskan hukum Islam yang sebenar.

“Oleh itu, kita dapat memperkenalkan kepada masyarakat berkenaan dengan ibadah korban yang sebenarnya,” tambah Nizam yang juga Ahli Majlis Daerah Lahad Datu.

Nizam berharap lebih ramai yang akan menyertai ibadah korban pada masa akan datang dan sentiasa mewujudkan hubungan baik antara pengendali serta peserta korban.

Sementara itu, salah seorang peserta korban, Shakira Suhaimi, 27, pula berkata, beliau mendapat pengalaman berbeza kerana pertama kalinya mengikuti program korban yang dianjurkan oleh PAS Lahad Datu.

“Selain melakukan ibadah korban, dalam masa yang sama kita dapat bergotong-royong dan mengeratkan silaturahim sesama kita,” ujarnya.

Turut hadir bersama menjayakan program, Ketua Dewan Pemuda PAS Lahad Datu, Landari Labobo dan semua lembu korban disembelih oleh Ketua Urusan Ulama PAS kawasannya, Ustaz Mohd Zaki Ibrahim.

Daging korban diagihkan kepada asnaf dan masyarakat di sekitar dengan melakukan ziarah dari rumah ke rumah.