Home Berita PAS Perak

Korban Perdana PAS dan SRITI Al-Falah Teluk Intan mengeratkan ukhwah

231
SHARE

Oleh: Basith Samad

TELUK INTAN, 13 Julai : Sebanyak 5 ekor kambing dan 1 seekor biri-biri dikorbankan dalam Program Korban Perdana yang telah diuruskan oleh SRITI Al-Falah dengan kerjasama PAS Teluk Intan dan dua sayap partinya, di perkarangan SRITI Al-Falah Teluk Intan, senalam.

Yang Dipertua PAS Teluk Intan, Mohd Azhar Mohd Rafiei berkata program ini buat julung-julung kalinya diadakan secara bersama dengan kaki tangan dan Jemaah Ibu Bapa SRITI Al-Falah.

“Korban Perdana PAS Teluk Intan tahun ini diadakan secara gabungan SRITI Al Falah Teluk Intan bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan Jabatan Amal Teluk Intan dan Dewan Muslimat Teluk Intan.

“Kerjasama yang padu dari pihak sekolah, pemuda PAS, Unit Amal dan ibu bapa yang hadir memeriahkan majlis kali ini.

“Saya lihat program ini berjaya mengeratkan ukhwah Islamiyah sesama kita dan secara tidak lansung menguatkan perpaduan ummah,” jelasnya semasa ditemui semalam.

Menurutnya, dalam masa yang sama program korban ini dapat memberi pengalaman baru kepada anak murid SRITI tentang pensyariatan ibadah korban.

Guru Besar SRITI Al-Falah, Mohd Mahyuddin Mohd Yusof turut hadir menyempurnakan program berkenaan dan mengagihkan daging kambing.

“Alhamdulillah, buat julung kalinya Aidiladha tahun ini, SRITI Al-Falah berjaya menguruskan korban hasil gabungan bersama PAS kawasan Teluk Intan,” katanya.

Jelasnya, hal ini amat bertepatan dengan hikmah di sebalik pensyariatan ibadah korban iaitu dapat mengeratkan silaturahim di samping memupuk sikap timbang rasa dan prihatin terhadap masyarakat melalui pengagihan daging-daging korban kepada mereka yang berhak menerimanya khususnya golongan yang memerlukan.

“Daging korban hari ini kita telah agihkan kepada fakir miskin dan yang memerlukan dikawasan sekitar seperti di Kampung Bahagia, Padang Tembak dan lain-lain tempat disamping menjadikan juadah makanan tengah hari kepada semua yang hadir.

“Pihak SRITI sangat berterima kasih kepada masyarakat yang meyakini kami untuk menguruskan korban mereka dan segala pengorbanan daripada semua pihak bagi menjayakan majlis ini.

“Kami sangat mengalu-alukan kepada semua masyarakat untuk melaksanakan korban bersama kami pada tahun hadapan dan seterusnya,” tambahnya lagi.