Home Artikel PAS Perak

Konvokesyen PASTI dan Anugerah Kecemerlangan SRITI : Tahniah Buat Para Graduan PASTI Bukit Gantang dan pelajar SRITI Al Helmi

101 views
SHARE

Oleh : Ez

CHANGKAT JERING , 17 November : Majlis Konvokesyen bagi pelajar-pelajar PASTI Bukit Gantang telah diadakan serentak dengan Anugerah Kecemerlangan SRITI di Dewan Bunga Raya , Changkat Jering pada 17 November yang lepas.

Majlis yang diraikan dengan warna warni itu telah menganugerahkan sijil konvokesyen kepada pelajar 6 tahun yang tamat belajar tahun ini disamping anugerah-anugerah pelajar terbaik SRITI.

Antara anugerah utama yang diberikan dalam majlis tersebut ialah Anugerah Murid Cemerlang 5 tahun ,6 tahun dan Anugerah Murid Mithali pelajar lelaki dan perempuan bagi pelajar SRITI .

Anugerah murid cemerlang 5 tahun disandang oleh Muhammad Qoid Irfan b Mohd Ashraf daripada PASTI Al Fitrah, Larut Tin manakala bagi pelajar 6 tahun di andang oleh Nur Muhammad Fateh bin Ahmad Fadhli daripada PASTI Al Fitrah , Air Kuning.

Untuk anugerah murid Mithali SRITI Al Helmi bagi pelajar lelaki dan perempuan disandang oleh Muhammad Naufal Al hafiz bin Helmi Ashraf dan Anis Sumayyah binti Ahmad Fadzil.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan Kalam Jamaie oleh Wardatul Jannah , Nasyid oleh Shoutul Wildan daripada pelajar SRITI Al Helmi serta bacaan surah Al mulk oleh pelajar-pelajar PASTI.

Disamping itu, majlis yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Perak yang juga ADUN Selama, YB Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah SRITI Perak , Ustaz Muhammad Zulfadhli bin Zainol , YDP PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman dan Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang,Zu Hazmin Badri.