Home Artikel PAS Perak

Berita l Konvokesyen PASTI Bukit Gantang Cipta Sejarah

510 views
SHARE


Oleh : Ez

TAIPING:  Majlis Konvokesyen bagi pelajar-pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kawasan Bukit Gantang telah mencipta sejarah buat pertama kalinya kerana diadakan serentak dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan SRITI.

Hampir 250 kanak-kanak dari 14 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Kawasan Bukit Gantang dan SRITI Al Helmi ,Taman Berkat diraikan dalam majlis konvokesyen dan kecemerlangan yang diadakan di Dewan Perdana , Hotel Taiping Perdana ,Taiping pada 25 November yang lalu.

Majlis yang diraikan dengan warna warni itu telah menganugerahkan sijil konvokesyen kepada pelajar 6 tahun yang tamat belajar tahun ini disamping anugerah-anugerah pelajar terbaik SRITI melibatkan kira-kira 250 orang keseluruhan.

Antara anugerah lain yang diberikan dalam majlis tersebut ialah Anugerah Murid Cemerlang 5 tahun ,6 tahun dan Anugerah Cemerlang matapelajaran bagi pelajar SRITI .

Anugerah murid cemerlang 5 tahun dan 6 tahun disandang oleh Muhammad Akif Rayyan b Mohd Shafik Hafizi dan Muhammad Amir Hakimi Bin Mohd Zulkipli manakala pelajar terbaik SRITI disandang oleh Khodijah Mohd Affendy.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan Kalam Jamaie dan teater dari pelajar SRITI dan persembahan nasyid dan sajak oleh pelajar PASTI.

Disamping itu, majlis yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Ustaz Idris Ahmad.

Berucap merasmikan majlis, Idris menjelaskan kepada hadirin bahawa peranan PAS dalam negara Malaysia dalam menyediakan ruang pendidikan kepada masyarakat seperti yang dibuat oleh PASTI.

Idris berkata, sebahagian daripada tanggungjawab untuk mendidik anak telah diambil oleh PASTI apabila ibu bapa menghantar anak belajar di PASTI.

Jelasnya, di PASTI para pelajar dididik untuk menghafaz doa, ayat al-quran, mengamalkan adab-adab tertentu, belajar solat, puasa dan lain-lain disamping subjek konvensional yang lain.

“Pelajaran-pelajaran ini merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkannya kepada anak-anak, tetapi guru-guru di PASTImengajarnya kepada pelajar sekaligus membantu ibu bapa dalam mendidik anak,” tambahnya.

Majlis turut dihadiri YDP PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang, Zu Hazmin Badri dan Pengerusi JIBG SRITI Al Helmi ,Encik Lotfi Arshad.