Home Berita PAS Perlis

Konvoi Motosikal bersama Ketua Muslimat PAS Santuni Rakyat.

1853
SHARE

Oleh : Safiyya Humaira

KANGAR: Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar telah mengadakan Konvoi Motosikal Bersama Ketua Muslimat PAS Malaysia pada 24 Mac yang lalu.

Program berbentuk ziarah mahabbah itu bermula pada jam 2.30 petang dan disertai oleh para AJK DMPKK serta anggota Alternative Riding Club (ARC) Negeri Perlis.

Turut serta dalam konvoi ini ialah Ustaz Mohd. Zahid Ibrahim, Pemangku Urusan Ulamak PAS Kawasan Kangar serta Ketua Muslimat PAS Kawasan Kangar, Puan Norhasmayati Che Me.

Sebanyak sembilan buah rumah telah diziarahi sepanjang berlangsungnya konvoi tersebut.

Para penduduk yang terlibat berasa begitu teruja dan gembira atas kesudian Ustazah Nuridah Salleh selaku Ketua Muslimat PAS Malaysia meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dengan mereka.

Selain berbual mesra, mereka turut menerima sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Ustazah Nuridah Salleh.