Home Berita PAS Pulau Pinang

KONTIJEN PULAU PINANG SEDIA TAWAN PORT DICKSON

266
SHARE

 

Pagi ini Team Logestik Jabatan Amal Malaysia Pulau Pinang bergotong royong memotong buluh di Permatang Kuang Penaga. JAMNPP akan mengunakan buluh ini untuk membina “Khemah Amal” dalam Jambori Perkhemahan Amal Tahunan di Port Dickson Negeri Sembilan.

Pulau Pinang antara kontijen yang paling banyak memenangi gelaran KHEMAH TERBAIK sepanjang penganjuran Jambori. Pada kejohanan kali ini JAMNPP akan menghantar seramai 100 peserta pelapis dan yang berpengalaman bagi menyertai semua pertandingan yang di anjurkan.

Perkhemahan yang akan diadakan pada 23,24 dan 25 Jun ini akan menghimpunkan semua angota jabatan amal dari seluruh negara. Ketua Kontijen JAMNPP Tn Nazrul Ali telah meletakkan sasaran untuk menjadi juara keseluruhan dan membawa pulang piala pusingan ke bumi Pulau Mutiara Insyaallah – Tongkat Seri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02nMc1VM75duA269rQo9kKf59XdBxBmCqgRpbkZVxaqtWkgLpzSXJhYhQSUrx3YnDgl&id=100064678002895&mibextid=Nif5oz