<<PemudaPASBatuMind#7>>
KONSERT RADIO HEAD : MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
1. Dengan seruan ‘kemanusiaan’ yang dilihat lebih bersifat universal dan lunak, penganjuran kutipan amal untuk Palestin seolah-olah digunakan bagi menghalalkan konsert Radio Head (RH). Adakah mereka melihat isu Palestin hanya juzuk isu kemanusiaan sahaja? Tanpa menyoroti sejarah panjang perjuangan umat Islam dalam membebaskan tanah Palestin. Jauh sekali memahami perjuangan ini yang bersifat akidah.
2. Jika hanya dilihat melalui kaca mata kemanusiaan sahaja, ia dilihat tidak memberikan sebarang masalah. Bahkan, isu sensitiviti RH dan israel ‘disucikan’ melalui kutipan amal kepada Palestin. Ketahuilah bahawa antara sifat Islam adalah Inqilabiyyah – tertegaknya Islam di atas keruntuhan jahiliyah. Dan tidak sesekali berkompromi di antara yang hak dan batil.
4. Pada hemat saya, selain dari isu sokongan RH terhadap Israel dan sensitiviti terhadap umat Islam dan aktivis kemanusiaan, konsert RH ini bakal menghilangkan kepekaan umat Islam terhadap isu sebenar Palestin serta melunturkan roh perjuangan sebenar pembebasannya. Selain itu, ia menyuburkan lagi budaya hedonisma melampau yang kini kian parah. Terutamanya melibatkan anak muda.
5. Saya yakin dan percaya bahawa, YB Nurul Izzah dan seluruh rakyat Malaysia masih mengingati tragedi anak muda seawal 19 tahun (6 meninggal dan 3 kritikal) akibat penyalahgunaan dadah ketika berlangsungnya “Future Music Festival Asia 2014” yang lalu.
6. Oleh itu, sebagai anak muda Malaysia, kami menyeru seluruh pimpinan kerajaan Malaysia agar lebih sensitif dan seharusnya lebih komited dalam menganjurkan program dan agenda pembangunan generasi muda yang lebih menepati syariat serta nilai moral yang tinggi.
Dengan semangat menjunjung Rukun Negara ke-5 iaitu “Kesopanan dan Kesusilaan” iaitu menjadi teras jati diri, keperibadian, identiti dan budaya rakyat Malaysia.
Di saat berkuasa. Terkandung jua pahala dan dosa.
[Ditulis Oleh Wan Zulkarnain Wan Ismail, Ahli Pemuda PAS Batu]
®Diterbitkan Oleh Penerangan Pemuda PAS Batu✓
LIKE FB PAGE
Pemudabatu.com