Home Berita PAS Perlis

KongsiRezeki inisiatif PRISA bantu penduduk

61
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 1 Ogos: Pertubuhan Komuniti Prihatin Simpang Ampat (PRISA) terus aktif membantu penduduk menerusi program KongsiRezeki DUN Simpang Empat.

Jumaat lepas, NGO berkenaan dengan dibantu petugas PAS Kawasan Arau telah turun padang menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada para penduduk dalam DUN Simpang Empat, dekat sini.

Sebanyak 90 keluarga telah menerima bantuan berupa barangan keperluan asas yang disampaikan oleh Pengerusi PRISA, Razali Saad.

Menurut Razali, bantuan berkenaan adalah hasil sumbangan orang ramai kepada PRISA.

“Alhamdulillah, hari ini, sebanyak 90 buah keluarga telah kita santuni dan sampaikan bantuan bagi meringankan beban perbelanjaan mereka.

“Insya Allah PRISA akan terus menggerakkan program ini agar lebih ramai lagi penduduk dapat dibantu,” katanya ketika ditemui di sini.