Home Berita PAS Pahang

Komuniti yang kuat selesaikan masalah penduduk

196
SHARE

 

Oleh : LIZA ALI

INDERA MAHKOTA, 2 Jan : “Seperti kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing, begitulah kesatuan yang kuat dapat dilihat daripada kerjasama yang baik oleh masyarakat setempat di Taman Balok Makmur,”.

Begitulah ucapan Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu dalam Program Gotong-Royong Dan Ramah Mesra Penduduk Taman Balok Makmur di sini baru-baru ini.

“Saya bangga dengan masyarakat yang mementingkan kebajikan dan semangat keperihatinan yang tinggi dengan peryertaan lelaki dan wanita dari berbagai lapisan usia.

“Kerjasama yang baik antara agensi kerajaan dengan swasta bersama penduduk dapat dilihat wujudnya suasana yang harmoni dan tiada jurang dalam masyarakat”, tambah beliau lagi.

Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Komuniti Balok Makmur bersama Kementerian Kesihatan Daerah Kuantan, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuantan, Majlis Bandaraya Kuantan, Alam Flora dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Sementara itu, Pengarah Program Jamir Senir yang juga sebagai Setiausaha Pertubuhan Komuniti Balok Makmur menyatakan, aktiviti yang dilakukan adalah memungut sampah, membaiki padang yang rosak, memotong dahan pokok, membersih longkang dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Katanya lagi, penduduk Balok Makmur sering bersatu dalam melakukan kerja-kerja kebajikan setempat dan menunjukkan keakraban bersesuaian dengan slogan program ini iaitu Prihatin, Sepakat dan Sejahtera.

Dalam masa yang sama Lajnah Alam Sekitar Dewan Muslimat PAS Indera Mahkota mengambil peluang membeli barang kitar semula yang diterima dari masyarakat setempat untuk dijual kepada Alam Flora sebagai aktiviti mereka.