Home Berita PAS Pahang

Kompleks Ibnu Khaldun dijangka beroperasi 2019

957
SHARE

Indera Mahkota, 3 Nov – Kompleks Ibnu Khaldun bakal menempatkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan pusat pentadbiran Pas Cawangan Chengal Lempong yang dijangka siap beroperasi pada 2019.

Ketuanya, Azhar Mahmud berkata  kompleks itu mula dibina 14 Oktober lalu membabitkan kos kira-kira RM1.1 juta,.

Menurutnya, kompleks tiga tingkat terdiri dewan utama, lapan bilik kelas, bilik guru, pusat pertadbiran dan ruang solat.

“Kita berharap ia akan membantu dalam mengembangkan syiar Islam menerusi pusat pendidikan seperti Pasti yang akan beroperasi di kompleks ini nanti.

“Ia diibaratkan seperti menjadi singa yang memberi makan kepda buruan kita dengan kewujudan kompleks ini nanti,” katanya

Beliau ditemui selepas majlis pecah tanah dan perasmian kompleks yang terletak berhampiran Sekolah Rendah Agama Al-Irsyad yang disempurnakan Mursyidul Am Pas,Hashim Jasin di sini hari ini.

Menurutnya, 200 pelajar boleh ditempatkan di Pasti yang terletak di kompleks itu nanti.

“Setakat ini kita mempunyai 160 pelajar di bangunan berhampiran sekolah ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian Online