Home Berita PAS Selangor

KMNS taja “swab test” buat petugas amal dan khidmat Malaysia – Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

98
SHARE

May be an image of one or more people and indoor

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar AL-Hayawi

Kapar | Memetik kenyataan media sosial, Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) telah meletakkan syarat kepada pertugas Khidmat Malaysia terutama dari Jabatan Amal Malaysia agar melaksanakan ujian saringan COVID-19 sebagai syarat sebelum memulakan tugas membantu rakyat dan Barisan Hadapan negara.

Menurut Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor Ustaz Noor Najhan Mohd Salleh, tajaan saringan tersebut diberikan kepada 100 pertugas Frontliner KMNS dan keutamaan diberikan kepada pertugas dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor. 15 pertugas pertama telah disaring semalam di Petaling Jaya dan selebihnya akan dibuat secara berperingkat mengikut Zon pada hujung minggu ini.

Berikutan Selangor dilihat paling banyak kes dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah pula terletak di MAEPS Serdang Selangor maka menjadi tanggugjawab pihak Khidmat Malaysia Negeri Selangor dan NGO-NGO di bawah penyelarasannya untuk membantu pihak kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak covid-19 ini.

Oleh itu, keselamatan para petugas juga sangat diambil berat dalam haluan untuk membantu negara mengharungi wabak COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor