Home Berita PAS Selangor

KMNS santuni frontliners di dua buah PPV di Klang – PAS Kawasan Kapar

163
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

KAPAR, 27 September – Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) dengan kerjasama NGO DAIE telah turun menyantuni para petugas di dua buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di Sekolah Tinggi Klang (STK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru.

Pihak KMNS telah memberi sumbangan makanan tengahari dan minuman selama dua hari, bermula pada hari ini untuk PPV STK. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengerusi KMNS, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh turut bersama Penyelaras KM Kapar Encik Kahar Muzakkir Munawir. Sumbangan telah diterima oleh Puan Hawa bagi pihak PPV STK.

Kemudian KMNS bergerak ke PPV SMK Meru dan disambut oleh Tuan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Meru. Ustaz Noor Najhan bersama Encik Kahar Muzakir telah menyampai sumbangan buah anggur dan epal. Ustaz Noor Najhan turut mengambil peluang untuk menyantuni para petugas di PPV tersebut.

Bagi pihak PPV, mereka mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas keprihatinan KMNS serta NGO DAIE dalam menghargai para petugas.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor