Home Berita PAS Selangor

KM Petaling Jaya santuni warga Indonesia yang memerlukan – PAS Kawasan Petaling Jaya

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Petaling Jaya

Oleh : Umar Al-Hayawi

Petaling Jaya | Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya terus membantu mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Pada kali ini, bantuan difokuskan untuk diberi kepada warga negara Indonesia memandang banyak permohonan yang diterima. Atas dasar prihatin dan berperikemanusian, mereka juga perlu dibantu.

Misi bantuan ini diketuai oleh Ust Zulkifli Bin Mohd Noor, Ketua Operasi Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya bersama anggota Jabatan AMAL Malaysia Kawasan Petaling Jaya.Menurut laporan, rombongan tersebut telah disambut baik oleh Tuan Haji Awang Bakar Bin Ghazali, Ketua Cawangan PAS Kelana Jaya.

Sebanyak 58 bakul barangan asas seperti beras, telur, minyak telah diserahkan. Bantuan diberikan, hasil sumbangan yang di salurkan ke Tabung Bencana Covid-19 Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya. Semoga bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan sedikit beban yang mereka hadapi.

Kepada yang ingin memberi sumbangan kepada Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya untuk dikongsikan bersama mereka yang memerlukan boleh dibuat ke akaun berikut :-

Akaun : Ikatan Kesatuan Wanita Daerah Petaling IKWAN
No. akaun : 564182402855
Bank : Maybank Islamic

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor