Home Berita PAS Selangor

KM Klang dan NGO lain taja sarapan di PPV Sekolah Tinggi Klang – PAS Kawasan Klang

28
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 14 Oktober – Khidmat Malaysia (KM) Klang dan Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Kota Raja Care (KRC) dan Yayasan Amal Selangor pada hari ini menyampaikan sumbangan tajaan sarapan pagi di Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) Sekolah Tinggi Klang off Jalan Meru.

Program vaksinasi yang dijalankan di PPV Sekolah Tinggi Klang ini adalah lokasi bagi pelajar-pelajar sekolah di sekitar Daerah Klang untuk mendapatkan vaksin.

Sumbangan yang disampaikan pada hari ini berbentuk 300 biji roti ‘home made’, 10 kotak air mineral dan 100 unit pelitup muka N95. Ia diserahkan kepada wakil PPV di Sekolah Tinggi Klang iaitu Dr.Sarmala.

Antara yang hadir dalam program ini ialah Ikon Kebajikan Dr. Halimah Ali, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia (Selangor) Encik Azri Mohamad Arash, Pengerusi KASEH Encik Izam Awalludin dan Pengerusi Kota Raja Care (KRC) Ustaz Yusof.

Program berakhir sekitar 11.30 pagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor