Home Berita PAS Selangor

KM Klang dan MVM ziarah rumah terbakar di Telok Gong – PAS Kawasan Klang

166
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 5 September – Khidmat Malaysia Klang pada pagi semalam telah hadir bersama wakil daripada NGO MVM (Muslim Volunteer Malaysia) ke Kampung Hamid Tuah, Telok Gong di Pelabuhan Klang untuk melihat satu rumah yang terbakar pada minggu yang lalu.

Tuan rumah yang dikenali sebagai Sapir Bin Mamat yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Beliau tinggal bersama seorang isteri yang diketegorikan orang kelainan upaya (OKU) dan seorang anak berusia 10 tahun.

Menurut Mohd Fauzan Bin Abdul Sukor selaku Ketua Pengarah Eksekutif MVM, kehadirannya pada pagi ini merupakan sesi soal selidik dengan tuan rumah mengenai bantuan baik pulih rumah yang terbakar di bawah program MVM.

Tambahnya lagi, “InshaAllah, pihak MVM akan menyalurkan dana bagi tujuan tersebut manakala Khidmat Malaysia Klang pula akan membantu dari segi mendapatkan tenaga kerja atau kontraktor tempatan supaya gerak kerja ini dapat direalisasikan setelah mendapat kelulusan bajet bantuan daripada MVM kelak”.

Program ziarah di Telok Gong berakhir sekitar 12.30 tengahari.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor