Home Berita PAS Selangor

KM Klang dan Jabatan Amal bersihkan CAC Pelabuhan Klang – PAS Kawasan Klang

136
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 17 Ogos – Khidmat Malaysia Klang dan Jabatan Amal pada hari ini meneruskan kerja-kerja kebajikan dengan membersihkan kawasan persekitaran Pusat Penilaian Covid (Covid Assessment Centre – CAC) di Pelabuhan Klang.

Sebelum itu saudara Izam Awalludin, wakil daripada Khidmat Malaysia Klang telah hadir ke CAC Pelabuhan Klang berjumpa dan berbincang dengan Penyelaras CAC Pelabuhan Klang Dr. Salbiah Mohamed Isa tentang prosedur yang perlu dipatuhi sebelum mulakan kerja-kerja pembersihan di situ. Setelah mendapat kata sepakat, kerja-kerja pembersihan pada kali ini hanya dilakukan di persekitaran kawasan luar bangunan tersebut sahaja kerana di kawasan dalam bangunan agak berisiko jika tidak mengenakan PPE lengkap.”

Berbekalkan dengan peralatan-peralatan pembersihan, saudara Izam dan dibantu oleh beberapa orang anggota Jabatan Amal telah memulakan kerja sekitar 3.00 petang dan berakhir sekitar 5.30 petang.

Dr.Salbiah Mohamed Isa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Khidmat Malaysia Klang dan Jabatan Amal kerana sudi hadir ke CAC Pelabuhan Klang melakukan kerja-kerja amal terutamanya di tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti ini walaupun kerja pembersihan dilakukan di persekitaran kawasan Pusat Penilaian Covid ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor