Home Berita PAS Perak

Klinik badminton medan cungkil bakat baharu

30
SHARE

Oleh : Ez

19 Februari 2024
CHANGKAT JERING : Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Inilah yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang melalui penganjuran klinik badminton kepada hampir 30 peserta yang berumur antara 6 hingga 12 tahun yang diadakan di Dewan Taman Kaya,di sini baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang, Zu Hazmin Badri berkata, program ini julung kali diadakan bagi memenuhi aktiviti dan masa lapang cuti sekolah anak-anak.

Menurutnya, selain itu, tujuan Klinik Badminton ini adalah memberi pendedahan kepada peserta yang rata-ratanya pertama kali menerima tunjuk ajar secara formal dalam sukan badminton.

“Antara kemahiran yang mereka pelajari dari klinik ini antaranya seperti pegangan dan pukulan asas, teknik servis dan latihan ‘footwork’ iaitu pergerakan asas dalam gelanggang.

“Kesemua ini adalah kemahiran dan asas yang perlu ada kepada setiap pemain badminton dan diharapkan pendedahan awal ini akan memupuk minat kanak-kanak seawal usia meminati badminton.

Zu Hazmin berkata, pihaknya berhasrat untuk meneruskan klinik ini jika ada permintaan supaya bakat kanak-kanak dapat dicungkil dan digilap dengan latihan dan teknik yang betul.

Malah katanya lagi, program seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan membentuk persahabatan keluarga peserta menerusi program bermanfaat seperti ini.

Sementara itu, program yang dikendalikan jurulatih berkelayakan ini juga mendapat kerjasama dari Lajnah Kebudayaan , Kesenian dan Sukan ( DACS ) ,Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang dan Kelab Green League yang memberi sokongan penuh sepanjang program ini.