Home Berita PAS Terengganu

Kita ada tanggungjawab, amanah Allah

59
SHARE

MARANG – Manusia sebagai hamba Allah akan dipertanggungjawabkan dengan segala amanah yang diberi untuk dihisab pada hari akhirat nanti.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Harun Esa berkata, “Situasi ini suatu kelainan dibuat oleh Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Marang kerana diisi dengan sedikit peringatan kepada saya, penonton dan para pemain”.

Tambahnya lagi, “Dalam misi kehidupan didunia ini. Kita ada misi dan tanggungjawab untuk dipersembahkan di hadapan Allah untuk diperiksa dan diaudit”.

Turut diselitkan sepotong Firman Allah taala yang bermaksud, Pada hari kiamat nanti. Allah taala akan bentangkan dan tunjuk semula apa yang kita buat diatas muka bumi ini.


“Pada malam ini suatu contoh telah dibuat dan ditunjukkan daripada barisan kepimpinan, barisan pemain dan barisan pengadil. Walaupun dalam keadaan bersukan. Yang memerlukan tenaga yang jitu. Tetapi, dapat menjaga aurat dengan sempurna”, tegas beliau dipentas perlawanan akhir Piala Tok Guru di Padang Bola Majlis Daerah Marang baru-baru ini.

Pada akhir ucapan, beliau berhasrat agar dengan amalan baik yang dilakukan secara berterusan ini dapat menjadi ikutan, pedoman dan juga diamalkan oleh orang-orang muda diluar sana.

Penyeri majlis dihadiri oleh Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Juga turut hadir memeriahkan suasana ialah Naib Yang Dipertua dan Setiausaha PAS Kawasan Marang iaitu Ariffin Deraman dan Sulaiman Sulong.

Untuk rekod. Perlawanan Piala Tok Guru anjuran Department Art Culture & Sport (DACS) Marang dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Marang ini dijuarai oleh pasukan Bukit Kulim FC ketika menentang Belukar Sukai FC.