Home Rencana PAS Selangor

Kit Siang: Si penuding jari – Setiausaha BPPN Selangor

142
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "2h Lim Kit Siang @limkitsiang Seminggu selepas mempunyai kerajaan baharu kita bukan sahaja mencatatkan lebih banyak kes berbanding Indonesia, tetapi kita juga mencatatkan lebih kematian akibat Covid- 19 berbanding dengan India bit.ly/3h8pFok FaceStiet Face"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Inilah pemimpin veteran dan tokoh yang paling disanjung dalam DAP dan PH.

Apa sahaja yang terhambur keluar dari mulutnya seakan geliga dan mutiara cukup dimuliakan pengikutnya dan dianggap keramat.

Beliau antara manusia yang paling kecewa ketika Tun Dr Mahathir letak jawatan PM yang mengakibatkan partinya terpelanting kembali ke bangku pembangkang selepas hanya 22 bulan memerintah negara dan anaknya terlucut jawatan Menteri Kewangan.

Hari ini beliau serang pula kerajaan baru pimpinan Dato Seri Ismail Sabri. Kononnya hari ini jumlah kes baru kita lebih tinggi dari Indonesi manakala kes kematian lebih tinggi dari India.

Apa sahaja akan dipolitikkan oleh beliau tanpa langsung menghargai usaha kerajaan dan sumbangan frontliners dalam memerangi pandemik ini.

Katalah apa sahaja Kit Siang tetapi rakyat Malaysia lebih yakin pada PM ke 9. Malaysia menuju imuniti kelompok. Setakat 5 September 2021 67.4 % penduduk dalam negara telah selesai menerima vaksin masing-masing dengan jumlah vaksinasi melebihi 300, 000 penerima sehari.

Malah dari 20, 396 kes semalam cuma 322 atau 1.58% adalah dari kategori 3, 4 dan 5.

Apa sumbangan Kit Siang selain menuding jari?

Yakinlah kepada kemampuan negara dan anak-anak tempatan sendiri atau Kit Siang mahu berhijrah ke Indonesia atau India, ramai yang sanggup hantar beliau ke sana.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor