Home Berita PAS Selangor

Kisah pejuang kanser di Selayang – YDP PAS Kawasan Selayang

135
SHARE

May be an image of 1 person and indoor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Team PAS Selayang telah berjumpa dengan seorang individu bergelar Cik Yah yang baru beberapa bulan menjalani pembedahan disebabkan kanser usus yang dihidapinya. Dikhabarkan akan ada lagi pembedahan susulan selepas daripada ini.

Menurut YDP PAS Kawasan Selayang YB Zaidy Abdul Talib yang menceritakan bahawa pada masa ini, Cik Yah menghadapi kesukaran dalam membuang air besar dan terpaksa menggunakan kaedah yang ditetapkan oleh pihak doktor selepas pembedahan tersebut.

Menurut beliau, Cik Yah tinggal berdua sahaja dengan seorang anak tunggalnya. Anaknya tidak dapat bekerja jauh dari rumah kerana perlu menguruskan keperluan Cik Yah. Keluarga kecil ini sekarang menyewa di tingkat atas unit kedai dan berkongsi sewa dengan sebuah keluarga lain.

Berat ujian dilalui oleh Cik Yah, tetapi sangat bersyukur mempunyai anak yang dapat menguruskannya. Keluarga ini menerima bantuan bulanan diberikan oleh pihak JKM.

Team kebajikan PAS Selayang mengunjungi keluarga kecil ini di rumahnya dan sumbangan pek makanan asas telah diberikan. Mereka siap bawa bekal nasi ayam kedai Sup 88 untuk keluarga ini. Mungkin bagi kita biasa je nasi ayam, tapi pada orang lain mungkin besar nikmatnya.

Team kebajikan PAS Selayang akan usahakan untuk membantu membeli “beg najis” dan spray untuk kegunaan Cik Yah. Spray tu diperlukan untuk mengelakkan kesakitan lepas menggunakan beg najis yang melekat selepas digunakan. “Mari sama-sama kita doakan keluarga ini ya”, seru YDP PAS Selayang.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor