Home Berita PAS Sabah

Kinabatangan bermunajat raih penyertaan muslimah tempatan

79
SHARE


5 November 2021
Oleh: Nurfatiha Mohamad

KINABATANGAN : Dewan Muslimat PAS Kinabatangan (DMPK) telah menganjurkan Program Kinabatangan Bermunajat secara atas talian melalui aplikasi google meet pada malam tadi.

Program ini telah mendapat sambutan yang hangat dengan 100 penyertaan dalam kalangan muslimat kinabatangan yang turut disertai Wanita UMNO, dan beberapa NGO muslimah sekitar Kinabatangan.

Antara objektif DMPK menganjurkan program ini adalah untuk menarik minat lebih ramai muslimah mendekatkan diri kepada ALLAH dan memperkenalkan Munajat AKIFI (alim, haraki dan sufi) Kepada masyarakat.

Program dimulakan dengan alunan selawat oleh Hidayati Syufai dan disusuli dengan bacaan yaasin dan diakhiri munajat akifi yang diketuai oleh Nurmah Lapuddin.

DMPK turut mengambil kesempatan dalam program ini untuk mengetengahkan dan memperkenalkan Nur Shahirah binti Salasain sebagai Ikon Muslimat Muda.