Home Berita PAS Terengganu

Khidmat untuk rakyat hidup lebih selesa

115
SHARE

MARANG, 30 Julai – Rumah uzur keluarga Pak Rahmat yang tinggal di kampung Batangan, tinggal di rumah yang berlantaikan tanah, tidak mempunyai bilik, rumahnya serba dhaif di samping terpaksa menjaga ibu mertua yang sakit terlantar akibat stroke telah dibaik pulih, dibina bilik yang baru dan lebih selesa serta lebih selamat.

Bermula Januari lalu, mereka dikunjungi oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, dan masalah tersebut telah dibawa kepada pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Luar Bandar dan Giat Mara.

Isteri Menteri Besar Terengganu juga turut mengunjungi keluarga mereka sebelum ini di dalam memberikan sedikit sumbangan bakul makanan.

Baru-baru ini, PKM dan wakil KPLB telah meninjau keadaan mereka setelah rumahnya selesai dibaik pulih di bawah peruntukan KPLB.

Pegawai Pusat khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang ketika ditemui berkata”Kita harap rumah tersebut memberikan mereka suasana yang lebih selesa dan selamat”

Pejabat Pusat Khidmat Adun Rhu Rendang mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.