BUKIT MERTAJAM , 21 MEI 2017 – Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang bakal tiba pada 27 Mei berbaki seminggu lagi , Jabatan Amal Kawasan Bukit Mertajam dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Jalan Damai mengambil inisiatif bersama untuk mengadakan gotong royong membersihkan Masjid Tokun Bawah bersama masyarakat setempat dan ahli jawatankuasa Masjid Tokun Bawah . Hal ini kerana , kebersihan itu sebahagian dari Iman , maka kebersihan dalam dan luar masjid amatlah penting untuk menjaga maslahah para jemaah yang datang memakmurkan masjid ini .
Pada peringkat awalnya , aktiviti gotong – royong ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu luar dan dalam masjid . Jabatan Amal ditugaskan untuk membersihkan kawasan dalam masjid yang meliputi keseluruhan dalam masjid melibatkan karpet dan sejadah , pembersihan kipas dinding dan atas dan sebagainya . Manakala bahagian luar ditugaskan kepada AADK . Antaranya ialah pencucian kolah masjid dan tandas.
Berbekalkan semangat yg tinggi dan komitmen yang ditunjukkan oleh sukarelawan yang hadir pada hari ini maka aktiviti ini dapat ditamatkan awal dari jangkaan . Maka aktiviti gotong royong ini berakhir jam 12.00 tengahari .
Semoga dengan aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama sukarelawan dan masyarakat setempat dalam menyuburkan sifat ikhlas dalam diri masing-masing serta tidak mengharapkan balasan melainkan hanya ingin mendapat keredhaan Allah S.W.T dalam setiap amalan.
Waallahuaklam .
Sejahtera Bersama Islam .
{jathumbnail off}