Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Hulu Langat bantu program vaksinasi Orang Asal – JAMK Hulu Langat

144
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

HULU LANGAT, 5 Ogos – Penyelaras Khidmat Malaysia Kawasan Hulu Langat, Shahril Adha Zamhury telah memaklum mengenai program kolaborasi Khidmat Malaysia bersama JAKOA Hulu Langat dan Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) dalam program outreach pemberian vaksin di Kampung Paya Lebar.

Menurut laporan, misi ini adalah kali pertama kolaborasi Jabatan Amal serta Khidmat Malaysia bersama JAKOA Hulu Langat. Seramai 5 anggota Jabatan Amal telah membantu program vaksinasi di Balai raya Kampung Paya Lebar ini.

Sekalung ucapan tahniah buat Jabatan Amal Kawasan Hulu Langat dan Khidmat Malaysia Kawasan Hulu Langat kerana berjaya melaksanakan program yang hebat ini dan Syabas kerana terus memberi komitmen membantu dalam usaha untuk mencapai ‘herd immunity’ di negara kita.

Terima kasih juga diucapkan kepada JAKOA Hulu Langat dan JAKOA Negeri Selangor atas kepercayaan kepada team Khidmat Malaysia untuk membantu program Vaksinasi Orang Asal di Kampung Paya Lebar ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor