Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia bersama frontliners Hospital Selayang – Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor

111
SHARE

INFO Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Us Noor Najhan Mohd Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Khidmat Malaysia Negeri Selangor bersama NGO Sakinah, Ma’ruf Care, Syabab Care, Selayang Care, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Selayang dan DAIE telah menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada pihak Hospital Selayang.

Menurut Pengerusi KMNS, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, sumbangan yang disampaikan hari ini sebagaimana yang dipohon oleh pihak hospital iaitu terdiri dari alat tulis dan makanan.

Rombongan telah disambut oleh Tuan Subra, Timbalan Pengarah Hospital Selayang. Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dan mengharapkan hubungan ini dapat diteruskan.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor