oleh:Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Khidmat Pengurusan Kecemasan Dan Bencana Malaysia (KHIDMAT Malaysia) Kuala Terengganu telah menghantar 19 kenderaan untuk membekalkan air bersih kepada penduduk yang terputus bekalan di Besut.
Misi yang diketuai oleh Pengarahnya, Nordin Ali menjelaskan sebanyak 16 buah kenderaan pacuan empat roda(4×4) dan tiga buah lori telah bertolak pada 11 Januari lalu pada jam 10 malam.
“Semua kenderaan ini telah disediakan dengan tangki dan kelengkapan untuk menyalurkan air ke rumah-rumah.
” Dengan kekuatan anggota seramai 116 orang melibatkan empat Dewan Undangan Negeri(DUN) dalam Parlimen Kuala Terengganu, ” ujarnya ketika dihubungi setelah tiba di sana.
Menurutnya, mereka beroperasi selama dua hari iaitu 12 dan 13 Januari ke kawasan-kawasan kampung terlibat seperti Kampung Air Tawar, Pengkalan Nyireh dan beberapa lagi kampung berdekatan.
“Misi kali ini tidaklah seberat krisis air di Kuala Nerus kerana hanya melibatkan 2616 akaun sahaja dan kita telah bersedia dengan pengalaman yang lalu serta kerjasama agensi seperti bomba akan meringankan lagi kerja-kerja agihan air ke rumah-rumah terlibat.
“Kerajaan kita, kita selesai sebaiknya insyaAllah rakyat tidak akan terbeban, ” tambahnya lagi.