Home Berita PAS Selangor

Khidmat baju maroon dan putih di hujung minggu – JAMK Bangi

104
SHARE

 

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

BANGI, 10 Ogos – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi meneruskan lagi gerak kerja kebajikan mereka dengan istiqamah tanpa henti demi jasa kepada rakyat dan negara.

Hari mereka dimulakan dengan penyampaian bantuan makanan kepada penduduk terjejas sekitar Bangi. Aktiviti ini adalah anjuran PAS Kawasan Bangi. Anggota Jabatan Amal Bangi ditugaskan untuk mengagih-agihkan makanan. 400 penerima mendapat manfaat. Barang yang disumbangkan bukan sahaja barangan kering, tetapi juga barangan basah seperti ayam.

Anggota Jabatan Amal Bangi juga mengambil peluang menimba pengalaman baru dengan melibatkan diri sebagai sukarelawan pengurusan jenazah Covid-19. Tanah Perkuburan Raudhatul Baqi’, Cyberjaya merupakan lokasi menempatkan jenazah Covid-19.

Anggota Jabatan Amal Bangi bersama dengan anggota Sukarelawan Pengurusan Jenazah Khidmat Malaysia Selangor serta beberapa agensi lain berganding bahu membantu melancarkan proses pengebumian jenazah.

No photo description available.

Seterusnya mereka menyampaikan barang sumbangan kepada penduduk yang terjejas pendapatan. Hasil sumbangan orang ramai, yang menjadi nadi utama berjalannya penyerahan sumbangan kepada penerima di sekitar Kajang, Sg Ramal dan Balakong. Terima kasih kepada penyumbang yang bermurah hati.

Dialu-alukan sumbangan untuk meneruskan gerak kerja kebajikan :
Bank : Bank Muamalat.
No. akaun : 1210 0000 0207 18
Akaun : Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor