

Tasek Gelugor 18 Disember 2023 – Pastinya akan menjadi sejarah yang akan diingati buat 75 kanak-kanak yang menyertai Khatan Perdana pagi semalam.


Program yang di anjurkan oleh Masjid Jamek Ar-Rahmani Kampung Banggol telah menarik perhatian ibu bapa apabila semua peserta dibawa berkonvoi menaiki motor pusing kampung oleh Alternative Riding Club-ARC Penang.


Kemudian acara mandi beramai² dengan pancuran air bomba mengiringi peserta sebelum mereka memasuki alam baru. YB Pakcik Sobri antara tetamu khas yang hadir bagi memeriahkan majlis.


Antara yang menarik program kali ini apabila pihak penganjur turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma, booth Alternative Riding Club (ARC) & taman permainan untuk kanak-kanak.

DACS Tasek Gelugor antara tulang belakang dalam menjayakan program khatan perdana pada kali ini. Tahniah kepada semua yang terlibat dengan program yang baik ini.
– Tongkat Seri