Musibah banjir seakan sudah sebati dengan warga Hulu Langat khususnya di Dusun Tua. YDP Hulu Langat Tuan Mad Jan Sulong dan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Hulu Langat, Sdra Zurk Ahmad serta petugas PAS turun membantu mangsa banjir
Pimpinan PAS Kawasan Hulu Langat bersama Jabatan Amal Malaysia tidak pernah jemu membantu serta menyantuni mangsa banjir walaupun dalam keterbatasan sumber.
“InsyaAllah, kami telah bersedia untuk menawan Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat pada PRU akan datang. Agar kami dapat peluang dan ruang untuk membantu masalah yang menimpa warga Hulu Langat dengan baik dan berkesan.”
Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir kilat semalam.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#tawanHuluLangat
#DemiIslam
#BeramalKeranaAllah