Home Berita PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor – Sikap Ahli Parlimen Shah Alam Memalukan

3449
SHARE

  1. Sidang Parlimen yang berjalan selepas PKP – PKPP seharusnya melahirkan dan membentuk sikap dan akhlak yang lebih mulia serta insaf dikalangan para Ahli Parlimen.
  2. Namun sebaliknya yang berlaku dan apa yang kita lihat secara jelas sikap dan akhlak Ahli Parlimen Shah Alam amat-amat memalukan dan menjatuhkan maruah penduduk Shah Alam yang majoriti memilih beliau dalam Pilihanraya Umum yang lalu.
  3. Sebagai contoh satu kenyataan luahan dari penduduk Shah Alam iaitu Dr Nabila Din mengatakan :

“Pada masa yang sama, saya sangat terkejut dengan tiga MP Parti Amanah, termasuk Presidennya dan MP kawasan saya. Gelagat mereka macam budak-budak pra-tadika. Perkataan ‘bodoh’ dan sikap tidak ikut peraturan mesyuarat diperlakukan tanpa rasa bersalah. Apalah malang bagi negara kerana mereka sebelum ini terpampang di TV sebagai menteri. Sekurang-kurangnya, bersikaplah profesional. Malulah kita sebagai orang Melayu dan Muslim.”

  1. Lebih memalukan sebagai mana yang disebut, Ahli Parlimen Shah Alam membawa imej sebagai Melayu Muslim dan mewakili majoriti penduduk melayu muslim di Shah Alam menunjukkan akhlak yang tidak di ajar dalam ajaran Islam.
  2. Oleh itu, kita sebagai penduduk Shah Alam yang berilmu, berpendidikan dan mengharapkan Shah Alam menjadi contoh terbaik kepada seluruh kawasan-kawasan lain di Malaysia apatah lagi Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Sikap Ahli Parlimen Shah Alam ini tidak boleh sama kali diterima dan dibiarkan untuk terus menjatuhkan imej masyarakat Shah Alam.
  3. Saya selaku YDP PAS Shah Alam menyeru kepada seluruh penduduk Shah Alam agar menolak Ahli Parlimen Shah Alam pada PRU 15 akan datang agar kita sama-sama mengangkat imej Shah Alam sebagai Bandaraya Ilmu dan masyarakat berbudi luhur serta berakhlak Islam.

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
YDP PAS Shah Alam

23 Zulkaedah 1441H | 14 Julai 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#MalaysiaSejahtera
#MuafakatNasional