Muafakat Nasional Gombak
PAS Kawasan Gombak
PAS Kawasan Gombak mengucapkan Salam Maal Hijrah 1442H. Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW menyaksikan perjuangan dan pengorbanan Nabi dan para sahabat dalam menegakkan Islam dan melaksanakan syariat.
(وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ)
[Surat Al-Hajj 58]
Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia.
Lantaran itu, ruh perjuangan perlu diwarisi dan diteruskan walau apa pun ranjau yang menghalang. Istiqamah teras kelangsungan hijrah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
PAS Kawasan Gombak
29 Zulhijjah 1441H | 19 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor
#PASKawasanGombak
#MuafakatNasionalGombak