Sepang, Selangor | 18 Julai 2020
PAS Kawasan Sepang bersama UMNO Bahagian Sepang dibawah Muafakat Nasional telah mengadakan pemukiman bagi memperkukuhkan hubungan dan gerak kerja yang lebih sepadu demi mempersiapkan jentera menghadapi Pilihanraya Umum ke 15.
Pemukiman tersebut berlangsung di Tanjung Sepat dengan dihadiri oleh Ir Haji Haslin Hassan selaku YDP PAS Sepang dan Hj Nor Azli Said selaku Ketua Bahagian UMNO. Kedua-duanya merupakan peneraju utama PAS Kawasan dan UMNO Bahagian. Turut hadir adalah kepimpinan dari kedua-dua parti tersebut seramai 80 orang peserta.
Dalam pemukiman itu, Muafakat Nasional Sepang berjaya memperkukuhkan hubungan sedia ada serta memperkasakan jentera bagi menghadapi PRU 15. Secara tak langsung menjadikan dua parti ini saling lengkap melengkapi.
Antara penekanan yang diberikan adalah membugar kembali intipati piagam MN yang telah termetrai yang wajib dipertahankan serta mewujudkan kesatuan fikrah utk memahami tujuan dan matlamat MN.
Menariknya kedua-dua parti berkongsi pengalaman dan kelebihan yang ada. PAS berkongsi pendekatan tarbiyyah dan santapan rohani utk persiapkan jiwa. UMNO mengajak PAS menyantuni golongan wanita dan memperkemaskan gerakan jaringan rakyat.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan