Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor – PAS Puchong : Perutusan Idul Adha 1441 H / 2020 M

151
SHARE

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر
الله أكبر ولله الحمد

Mewakili saf kepimpinan PAS Puchong mengucapkan Selamat Menyambut Idul Adha bagi seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan, diterima oleh Allah akan ketaqwaannya dan pengabdiannya.

Idul Adha mengajar erti kita berkorban dan memperingati kisah pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim alaihissalam.

Jelas, pengorbanan memerlukan kesabaran dan kepatuhan menerusi kekuatan iman. Pasakkan keimanan untuk terus teguh di jalan Allah.

Dalam situasi politik yang unik dan sememangnya sifatnya adalah fleksibel, maka ahli-ahli PAS diseru untuk :

  1. Jadikan Harakah sebagai lidah rasmi parti dalam mendapatkan maklumat yang sahih.
  2. Jangan terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu menggoyahkan keyakinan terhadap pucuk pimpinan.
  3. Teruskan gerak kerja ke arah persiapan PRU 15 pada bila bila masa sahaja.
  4. Jaga hubungan dengan Allah dan hindari sejauh mungkin maksiat.

Akhir sekali, kepada yang bermusafir, jaga diri dan didoakan semoga perjalanan pergi dan pulang dalam keadaan selamat.

Sekian.

Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Saiman
YDP PAS Kawasan Puchong

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan