- Para pejuang Islam dan umat Islam hendaklah sentiasa ingat dan berwaspada dengan permainan licik dan kotor yang dimainkan oleh musuh-musuh politik apatah lagi musuh Islam.
- Jangan pernah sesekali terperangkap dan turut serta dalam apa jua isu yang dimainkan dan dilontarkan khususnya dalam media baru hari ini dimana ianya merupakan senjata utama mereka.
- Sebagai contoh isu kuarantin Menteri PAS dan isu yang mendakwa tokoh PAN Selangor ingin kembali kepada PAS. Ianya dimainkan dengan begitu rancak oleh cybertrooper musuh politik. Isu ini tidak wajar sama sekali kita para pejuang Islam turut serta dengan memberi pandangan dan kenyataan tertutama ke arah merugikan perjuangan dan PAS. Apatah lagi isu yang besar, melibatkan dasar Parti dan melibatkan hak kepimpinan teratas contohnya isu MN dan PN.
Isu kuarantin dibesar-besarkan oleh musuh politik bertujuan membunuh kewibawaan pimpinan kita. Adapun isu katanya tokoh PAN ingin kembali pada PAS kemudian tak berlaku maka ianya tidak ada apa-apa kesan pada PAS. PAS Selangor pula tidak rugi apa-apa.
- Namun jika keterlibatan kita dalam mana-mana isu dapat menjawab dan memberi keterangan dengan baik terhadap isu-isu tersebut serta menguntungkan perjuangan Islam dan PAS maka boleh kita teruskan itupun mengikut posisi amanah yang jamaah berikan pada kita.
- Sebaik dan sewajar kita fokus kepada agenda perjuangan kita meninggikan syiar dan syariat Islam serta Muafakat Nasional dan bersama denga PN kearah membangunkan Negara.
UST NIK BAKRI NIK MAT
Ketua Penerangan & Media Baru PAS Kawasan Shah Alam
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
3 Muharram 1442H | 22 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor